RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 2 Januari 2017

KAFA nafi tolak tajaan SuperBest Power - Ismail


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menafikan dakwaan menolak hasrat SuperBest Power menjadi penaja persatuan itu musim ini. Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata sebaliknya KAFA hanya tidak dapat memenuhi syarat syarikat itu yang bercadang mengadakan jelajah menjual produk mereka membabitkan 10 jajahan di negeri ini. 

"Di sini tidak timbul soal kita menolak tajaan malah kita tetap menganggap SuperBest Power sebagai rakan niaga walaupun sangat mustahil kita dapat mengumpul hasil jualan dalam satu jajahan dengan mencapai sasaran kutipan RM1 juta. 

"Maksudnya SuperBest Power bukan berhasrat untuk menjadi penaja dengan nilai tajaan RM10 juta, sebaliknya menetapkan pemain The Red Warriors (TRW) perlu menjelajah seluruh daerah untuk mengumpul dana melalui jualan produk syarikat itu," katanya. 

Mengulas lanjut isu tajaan SuperBest Power itu, Ismail berkata, pemain TRW juga perlu menjual dahulu produk syarikat berkenaan dan sekiranya hasil jualan RM10,000, 25 peratus daripadanya akan disumbang kepada KAFA. 

"Namun ia bergantung pada jualan pada siri jelajah di setiap daerah dan jika tiada jualan maka tiada dana yang diperoleh," katanya ketika dihubungi BH hari ini. 

Akhbar sebelum ini melaporkan, syarikat minuman kopi kesihatan SuperBest Power Health Food and Beverages membayangkan bersedia mengisi kantung KAFA RM10 juta semusim, sekali gus memberi harapan cerah kepada TRW beraksi di Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 

Sementara itu, syarikat telekomunikasi RedOne Malaysia terus membisu dalam soal menjadi penaja Kelantan walaupun Kongres Luar Biasa KAFA sudah berlalu lima hari. 

Ketua Pegawai Pemasaran, Ben Teh, berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk memuktamadkan sebarang keputusan dan enggan memberikan sebarang komen yang boleh menimbulkan kontroversi. 

"Jika ada keputusan terkini saya akan maklumkan dan tunggu sehingga pihak kami memberi sebarang kenyataan kepada media," katanya.