Import Kelantan selesai - Annuar
Annuar
Berita gembira itu diumumkan oleh penaja utama Kelantan, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Jersi dan Penaja serta Barisan Pemain The Red Warriors (TRW) musim 2017.

Annuar berkata, kedua-dua pemain itu sudah didaftarkan semalam sebaik sahaja Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dari kelab asal pemain berkenaan.

“Insya-Allah, TRW akan turun dengan kekuatan penuh dengan menggunakan semua barisan pemain import yang sedia ada walaupun kita mendaftarkan mereka dalam tempoh yang agak singkat sebelum proses berkenaan ditutup.

“Selain itu kita juga telah mendaftarkan seramai 31 pemain termasuk empat tonggak import dan empat dari skuad Piala Presiden yang telah merangkul kejuaraan musim lalu,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Danso dan Celin menjadi pemain baharu yang mengisi kouta import bagi menggantikan calon sebelumnya iaitu Okikiola Afolabi serta Cedric Djeugoue.

Afolabi terpaksa dilantar pulang selepas ujian kesihatan dan kecergasan yang dilakukan mendapati pemain berkenaan mengalami kecederaan ligamen lutut atau Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Djeugoue pula gagal memenuhi beberapa syarat pendaftaran sekaligus memberikan kesulitan untuk Kafa mendaftarkan pemain tersebut sedangkan masa kian suntuk.

Danso yang berkasi di posisi pertahanan merupakan bekas pemain Rayo OKC di Liga Bola Sepak Amerika Selatan (NASL) manakala Celin pemain penyerang yang beraksi bersama Concordia Chiajna sebuah kelab di Liga Romania. - UTUSAN ONLINE

SUMBER : UTUSAN