Mohd Shukri (tengah) bersama Timbalan Presidennya, Datuk Samsuri Awang Mat (kanan) ketika sidang media di pejabat Rehda. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU - Harga rumah di Kelantan dijangka meningkat sehingga 30 peratus jika harga pasir di negeri ini tidak dikawal.
Pengerusi Persatuan Pemaju dan Hartanah Kelantan, Mohd Shukri Omar berkata, situasi itu terpaksa dihadapi rakyat negeri ini memandangkan segelintir pengusaha menaikkan harga pasir sehingga 100 peratus.
"Apa yang membimbangkan kita jika harga pasir tetap naik sekurang-kurangnya 5,012 unit rumah pelbagai kategori sedang dan akan dibina di Kelantan terima tempiasnya.
"Sekarang ini ada pemaju kita beli pasir dengan harga RM260 untuk lori tayar enam, dulu RM130 sahaja," katanya kepada media, hari ini.
Dalam sidang media itu juga Mohd Shukri bimbang akan ada projek-projek terbengkalai di Kelantan sebagaimana berlaku pada tahun 2008 berikutan kenaikan mendadak harga minyak.
Dalam masa sama beliau mengharapkan kerajaan Kelantan mengambil langkah serius isu kenaikan harga pasir dan mengambil langkah proaktif segera dalam memastikan industri perumahan terus berkembang demi kepentingan rakyat di negeri ini.
sumber : sinar harian