Bekas Presiden KAFA itu menyatakan perkembangan terbaru berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.
Berikut kenyataan penuh Annuar: "Seperti yg kita minta bahwa pemain import mesti melepasi 3 syarat termasuk lulus ujian ujian dan di terima ketua jurulatih..
"Difahamkan dua masih sangkut..sememangnya pemeriksaan mesti ketat termasuk wajib melalui kajian/ujian "MRI"...utk detect kecederaan "tersembunyi".. "Yang tak lulus tetap tidak boleh di tandatangani pendaftaran.Harus Tegas,".
Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagaimanapun tidak menyatakan identiti dua pemain import terbabit.
Musim ini, Kelantan menyenaraikan Mohamed Ghaddar, Cedric Djeugoue, Okikiola Afolabi dan Margaro Gomis untuk mengisi kuota pemain import TRW.
sumber : B.Harian

