Rabu, 28 Disember 2016
Penyokong desak EXCO FAS letak jawatan segera
KELANA JAYA: Sekumpulan peminat yang mendakwa dari Gabungan Penyokong Bola Sepak Selangor, mendesak semua EXCO Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) meletakkan jawatan serta- merta.
Timbalan Presiden Gabungan berkenaan, Asrul Nizam Adnan, berkata keengganan EXCO FAS berbuat demikian adalah satu penderhakaan terhadap titah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, yang sebelum ini mengarahkan mereka meletak jawatan.
"Tujuan utama kami datang ke sini hari ini adalah untuk mendesak EXCO FAS menjunjung titah Raja Muda Selangor yang meminta mereka meletak jawatan.
"Sebagai penyokong Selangor, kami tidak mahu lagi mendengar sebarang alasan supaya mereka boleh kekal di atas 'takhta' (jawatan) sekarang.
"Kami berharap mereka tidak membelakangi titah Raja Muda Selangor. Keengganan berbuat demikian adalah satu bentuk penderhakaan kepada Institusi Raja dan Istana Selangor," katanya ketika ditemui selepas mengadakan demonstrasi aman bersama sekumpulan 20 penyokong tegar The Red Giants di hadapan Bangunan FAS, di sini, sebentar tadi.
Klik Ikuti JAWAPAN FAS berkenaan Penyokong Desak EXCO FAS letak jawatan
- BERITA HARIAN
