RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!
Selasa, 27 Disember 2016
Pemain TRW tetap berlatih dan berharap TRW tidak tarik diri
KOTA BHARU: Pemain Kelantan memberikan reaksi berbeza berhubung soal kontrak seandainya skuad The Red Warriors (TRW) menarik diri dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Mengulas kenyataan Tan Sri Annuar Musa berhubung isu berkenaan, pemain pertahanan TRW, Norhafiz Zamani Misbah berkata beliau yakin bekas Presiden KAFA itu mampu membantu menyelesaikan kemelut kewangan KAFA.
"Malah, Annuar sendiri sanggup mencari dana antara RM6 juta hingga RM7 juta untuk KAFA dengan syarat individu lain turut serta membantu bagi mengharungi Liga M yang memerlukan perbelanjaan berjumlah RM15 juta.
"Saya serahkan sepenuhnya tanggungjawab mencari jalan penyelesaian terbaik kepada KAFA, terutama soal penajaan yang masih dalam proses rundingan dengan pihak terbabit.
"Saya dan rakan sepasukan tetap menyertai latihan di bawah kendalian ketua jurulatih, Zahasmi Ismail, sebagai persediaan menghadapi saingan Liga M.
"Saya juga menghormati kontrak bersama TRW dengan meneruskan latihan tanpa mempertikaikan sebarang arahan majikan yang bakal dimuktamadkan nanti, " katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
BH Online sebelum ini melaporkan Kelantan akan berdepan masalah besar jika pasukan itu tetap dengan keputusan menarik diri daripada saingan Liga M, musim depan jika tiada penyelesaian dapat dilakukan secepat mungkin.
Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar, berkata jika pemain Kelantan mahu berpindah ke pasukan lain, pelbagai perkara perlu diselesaikan, termasuk berkaitan kontrak.
- BERITA HARIAN

