KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar perabot tempatan, MOCCIS Furniture Sdn Bhd (MFSB), memberi jaminan akan meneruskan penajaan kepada pasukan Kelantan meskipun masih belum mengadakan rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hasry Sham Chasmen juga mengesahkan kertas kerja mengenai jumlah penajaan yang bakal diberikan sudah dibentangkan kepada bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa sebelum tindakan selanjutnya diambil.
"Pihak kami sudah berbincang dengan Annuar mengenai hasrat untuk menaja, sekali gus membolehkan Kelantan terus bersaing dalam liga musim hadapan dan nampaknya perbincangan berlangsung dengan positif.
"Kami akan berjumpa Annuar sekali lagi pada 3 atau 4 Januari ini bagi memuktamadkan perjanjian penajaan itu dan selepas itu barulah kami akan berjumpa dengan pihak KAFA apabila semua urusan sudah selesai.
"KAFA tidak perlu risau kerana kami sememangnya akan menaja pasukan Kelantan dan walaupun tidak menjadi penaja utama, setidak-tidaknya tajaan ini dapat menampung kantung persatuan itu bagi menguruskan pasukan," katanya ketika dihubungi BH Sukan, hari ini.
Semangat sebagai pencinta bola sepak membuatkan MFSB tampil menjadi penaja pasukan Kelantan bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Syarikat itu bakal menaja kira-kira jutaan ringgit itu dan mensasarkan tempoh penajaan selama lima tahun sehingga 2021 dengan Hasry Hasry tidak menolak kemungkinan akan menambah jumlahnya jika prestasi Kelantan menunjukkan peningkatan memberangsangkan.
BH Sukan hari ini melaporkan KAFA meminta mana-mana syarikat yang mendakwa mahu menjadi penaja The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi saingan Liga M musim depan tampil berunding dengan persatuan itu.
Pemangku Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata dalam keadaan persatuan menghadapi kemelut kewangan, banyak pihak yang menawarkan diri menjadi penaja TRW tapi tiada sebarang tindakan susulan diambil selepas menyatakan persetujuan menjadi penaja.
"Kemunculan mereka ini yang mendakwa mereka sebagai bakal penaja utama membantutkan hasrat penaja lain yang benar-benar ikhlas membantu KAFA, malah mereka sepatutnya terus berunding selepas membuat kenyataan media bagi mengelakkan sebarang kekeliruan penaja lain dan peminat," katanya.
Syarikat MOCCIS Furniture memberi jaminan akan meneruskan tajaan kpd skuad TRW meskipun masih belum mengadakan pertemuan rasmi dengan KAFA
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hasry Sham Chasmen mengesahkan kertas kerja mengenai jumlah penajaan sudah dibentangkan kpd TSAM utk tindakan lanjut
Pihaknya juga sudah berbincang dgn TSAM mengenai hasrat utk menghulurkan tajaan bagi membolehkan TRW kekal bersaing musim depan & ia berlangsung dlm keadaan positif
MOCCIS akan bertemu TSAM sekali lagi pada 3/4 Jan bagi memuktamadkan perjanjian penajaan & pihaknya tetap akan berusaha menjadikan ia REALITI meskipun tidak berstatus PENAJA UTAMA