RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 30 Disember 2016

“Kita tidak akan mengabaikan pembangunan bola sepak di negeri ini" - Kerajaan Kelantan


KERAJAAN negeri akan mengumumkan langkah yang bakal diambil bagi membantu pasukan Kelantan meneruskan saingan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan selepas pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada 1 Januari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood  berkata, ini kerana kerajaan negeri tidak mahu sukan utama rakyat negeri itu tidak menemui noktah hanya kerana Kafa dibelenggu krisis kewangan.

Menurutnya, pertemuan dengan Kafa pada Ahad depan adalah terbaik kerajaan negeri bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi Kafa.

“Kita tidak akan mengabaikan pembangunan bola sepak di negeri ini, kerajaan negeri hanya akan buat keputusan selepas pertemuan dan pembentangan oleh Kafa di pejabat Menteri Besar pada 1 Januari depan.

“Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik dan pertemuan kedua-kedua pihak ini nanti membuahkan hasil yang baik,”katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Kongres Rakyat Kelantan 2016, di sini , hari ini.

Kongres Luar Biasa Kafa semalam memutuskan Kelantan akan tetap menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan kerana tidak mempunyai dana mencukupi untuk membiayai pasukan itu.

Bagaimanapun, ahli gabungannya memberi peluang kepada exco persatuan tersebut  untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM3 juta sehingga 6 Januari 2017 bagi memastikan The Red Warriors (TRW) dapat beraksi musim depan.

Kafa memerlukan dana sebanyak RM15 juta pada musim depan untuk kekal kompetitif bersaing dalam Liga M.
Mengulas lanjut, Abdul Fattah pembangunan bola sepak negeri tidak wajar diletakkan di bahu Kafa semata-mata, sebaliknya perlu menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membantu meringankan beban persatuan itu.

Tambahnya, inisiatif itu turut dilakukan Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBSK) yang melancarkan kutipan derma merupakan usaha yang wajar dipuji.

“Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sendiri menyokong usaha mereka. Ini satu petanda baik untuk kita dapat menggabungkan semula rakyat dan kerajaan untuk bersama-sama memastikan bola sepak terus cemerlang di Kelantan ,”katanya.