Kuala Lumpur – Pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan dua lagi kerana menyita dan merobohkan sebahagian premis berkenaan.
Selain kerajaan pembangkang itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu selaku pihak plaintif turut menamakan Majlis Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam sebagai defendan pertama dan kedua.
Menurut pernyataan tuntutan, Jamal mendakwa tindakan menyita dan meroboh sebahagian resort terbabit adalah bersifat politik.
Oleh itu, plaintif antara lain menuntut ganti rugi sebanyak RM140,000 dan perintah menghalang defendan menutup operasi resort terbabit. Utusan