Status di laman Facebook Raja Muda Selangor yang meminta exco sedia ada berundur secara terhormat.
BEKAS legenda Selangor, Khalid Ali mengingatkan Exco dalam Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) supaya tidak keras kepala dan mengikut titah dikeluarkan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan orang lama dalam persatuan itu supaya berundur.
Menurutnya, titah sultan itu wajar dipatuhi apatah lagi Selangor sedang melalui krisis yang makin kritikal.
“Kalau mereka (Exco) betul-betul sayangkan bola sepak Selangor, mereka akan berundur demi selamatkan The Red Giants.
“Orang ramai sudah nampak, mereka sudah hilang idea untuk buat kerja dan elok sahaja digantikan dengan orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri,” katanya.
Kemelut FAS memasuki fasa kritikal apabila sehingga sekarang Red Giants masih belum berjaya mengumpul dana RM15 juta bagi kempen Liga Malaysia musim depan.
Sehubungan itu, Khalid memberi cadangan agar skuad Selangor musim depan diletakkan di bawah Raja Muda Selangor dan dikendalikan sepenuhnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Apa yang boleh dilakukan pada waktu ini ialah meletakkan pasukan di bawah Raja Muda Selangor dan dikendalikan Azmin sendiri selaku Menteri Besar.
“Ini akan memastikan pasukan dapat dana daripada negeri dan boleh beraksi tanpa masalah.
“Selepas itu, barulah kita fikirkan apa yang perlu dibuat dengan FAS,” katanya.