RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 7 Ogos 2016

[ HIGHLIGHT VIDEO ] KELANTAN FA 2-0 T-TEAM FC


KLIK UNTUK PLAY VIDEO HIGHLIGHT


Pengurus Kelantan, Wan Badri Wan Omar, menghamburkan pujian kepada seluruh pemain The Red Warriors (TRW) yang menunjukkan aksi terbaik ketika mengalahkan T-Team 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.

“Alhamdulillah, tiga mata malam ini. Pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi. Dari awal permainan lagi, mereka mengasak bertubi-tubi untuk mendapatkan gol awal.

"Kami dapat lima atau enam peluang terbaik untuk jaringkan gol. Akhirnya, kapten Piya (Mohd Badri Radzi) dan (Wander) Luiz berjaya menjaringkan dua gol.

“Kena ingat kami bermain pada hari ini tanpa enam pemain utama yang mengalami kecerderaan  dan penggantunggan. 

"Namun, pemain yang ada menunjukkan prestasi terbaik untuk menjaringkan gol, memungut mata penuh dan memperbaiki kedudukan liga,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Ditanya kegagalan jentera serangan TRW menterjemahkan beberapa peluang terbaik, Wan Badri menggangap mereka hanya kurang bernasib baik di sebalik serangan bertali  arus yang dilancarkan.

“Separuh masa pertama, kami gunakan Manaf (Abdul Manaf Mamat) sebagai penyerang utama dan Wander Luiz  sebagai penyerang kedua. Mereka banyak menghasilkan serangan, cuma sentuhan gol yang yang belum menjadi.

“Rasanya tidak ada faktor gugup di depan gol tetapi lebih kepada tidak bernasib baik untuk menjaringkan lebih gol,” katanya.

Wan Badri juga berharap kejayaan malam tadi menjadi suntikan semangat terbaik untuk Kelantan menghadapi Kuala Lumpur dalam kempen Piala Malaysia di Selayang, Selasa ini.