RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 16 Mei 2016

VAN GAAL: SALAH SCHOLES KALAU SAYA DIPECAT



"Salah (Paul) Scholes jika saya dipecat," itu kata pengurus Manchester United, Louis Van Gaal, yang menuduh bekas pemain United itu sebagai punca kebanyakan penyokong setia The Red Devils menghentamnya.

LVG berang kerana Scholes sering mengkritiknya di kaca televisyen sejak dari awal dia memegang jawatan selaku pengurus, sekali gus membuat dia percaya bahawa senario itu menghasut peminat untuk melakukan perkara yang sama.

"Spekulasi mengenai kedudukan saya selama enam bulan ini menyakitkan hati sajawalaupun sudah banyak kali saya menjawabnya.

"Bagaimanapun, saya tetap disalahkan pihak media dan beberapa pemain 'legenda' pasukan ini tetapi saya tetap berdiri teguh," ujar Van Gaal.

Saban minggu Van Gaal menegaskan keyakinannya bahawa dia akan kekal sehingga musim depan, termasuk kononnya pengerusi Manchester United, Ed Woodward, telah memberikan sokongan terhadapnya.

Menariknya, ketika Woodward membuat pengumuman mengenai United menjadi kelab England pertama mendapat pulangan lebih daripada GBP500 juta setahun, dia langsung tidak memetik nama Van Gaal dalam kejayaan itu, sebaliknya hanya memuji akademi pemain muda.