RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 15 Januari 2016

Vida Beauty Sah Taja Kelantan RM20 Juta

Dalam majlis menandatangani Kontrak Penajaan Pasukan Liga Super Kelantan musim 2016, Vida Beauty telah bersetuju untuk memberikan tajaan berjumlah RM20 juta yang dijangka memberi nafas baharu dalam pembangunan bola sepak Kelantan, terutama kepada pasukan Liga Super The Red Warriors (TRW).
Dari jumlah tersebut, sebanyak RM16 juta untuk tajaan pasukan Kelantan, RM3 juta bagi kempen promosi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta RM1 juta menganjurkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
12507265_1039191056121935_2648408687807305160_n
Dalam pada itu, Mohd Zainy turut menyambut baik perubahan warna Stadium Sultan Muhammad IV yang akan dicat dengan warna merah jambu, dan tempat khas untuk penyokong wanita.
“Langkah itu saya lihat akan menyemarakkan lagi sokongan terutama golongan wanita terhadap The Red Warriors, selepas ini.
“Malah Datuk Seri (Dr Hasmiza) juga berjanji untuk menambahbaik prasarana stadium dan ia sekali gus memberi kelegaan kepada kami,” katanya.