RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 10 Januari 2016

Ranking Terbaru JDT Yang Mengalahkan Pasukan Ac Milan & Southampton

Buriram United dalam top 10 Asia, JDT di atas Southampton
Sementara itu di peringkat Asia, finalis AFC Champions League 2015 dari UAE, Al Ahli menduduki ranking pertama dengan 166 mata. Di peringkat dunia, Al Ahli menduduki tangga ke-48.
Kelab Arab Saudi, Al Hilal yang tewas kepada Al Ahli pada peringkat separuh akhir AFC Champions League 2015 muncul pasukan di tangga ke-2 terbaik di Asia. Manakala juara AFC Champions League 2015 hanya sekadar di tempat ke-3 terbaik di Asia.
Paling menarik adalah peningkatan yang ditunjukkan oleh 2 kelab dari Asia Tenggara, iaitu Buriram United dan Johor Darul Takzim (JDT) sepanjang 2015.
Pada tahun 2014, Buriram United sekadar di tangga ke-242 dunia. Tetapi pada tahun 2015, Buriram naik 105 anak tangga ke kedudukan ke-137 dunia. Kini Buriram adalah pasukan ke-10 terbaik di Asia

Daripada tak tersenarai pun dalam 500 pasukan terbaik di dunia pada 2014, JDT kini merupakan pasukan ke-152 terbaik di dunia, lebih tinggi berbanding Southampton dan AC Milan.

(Sumber: Nizam rahman / asiana.my)
(Sumber: Nizam rahman / asiana.my)
Ini bermakna, JDT adalah pasukan ke-11 terbaik di Asia pada 2015, di belakang Buriram.
Kejayaan yang dipamerkan oleh JDT dan Buriram United ini menunjukkan kelab-kelab bola sepak Asia Tenggara mampu bersaing di peringkat dunia jika diurus secara profesional dan cekap.