RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 8 Januari 2016

Que Puteh taja TRW, letak 33 syarat



Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (kanan) dan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida. - Foto NSTP KUALA LUMPUR: 

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan usahawan kosmetik terkenal, Dr Vida mencapai kata sepakat dalam rundingan penajaan pasukan bola sepak Kelantan bagi musim ini. 

Persetujuan berkenaan dicapai dalam mesyuarat antara pemilik Vida Beauty Sdn Bhd itu atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dengan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa di sini, yang berakhir sebentar tadi. 

Ketika ditemui selepas mesyuarat kira-kira dua jam itu, Annuar berkata majlis memeterai perjanjian penajaan berkenaan akan diadakan secara rasmi pada 15 Januari ini. 

Selain itu, katanya, Dr Vida juga akan dilantik sebagai Penasihat Kehormat KAFA bagi memudahkan urusan pemasaran skuad The Red Warriors (TRW). 

Jumlah penajaan dan kontrak bagaimanapun hanya akan diumumkan secara rasmi selepas majlis menandatangani perjanjian berkenaan. 

Vida Beauty adalah pengeluar produk kosmetik terkenal Que Puteh.